Saturday, June 5

Israel A'laihi Laknah

Assalamualaikum semua. Saya harap semua yang melawati bolg ini dalam keadaan sihat sentiasa. Tergerak hati saya untuk membuka sebuah blog bila mana saya mendengar desas-desus mengatakan tindakan negara di bawah laknat Allah ini semakin memuncak dari hari ke hari. Oleh yang demikian,saya membuat keputusan untuk mengutarakan bantahan dan kecaman secara terbuka kepada umum. Ketika belajar di Matrikulasi,say tidak berpeluang untuk menonton tv atau sebagainya. Jadi,kehidupan kami agak terkonkong di sana. Suatu petang,ketika hendak mandi,rakan sebilik mengatakan bahawa adakah di antara kami mendapat mesej tentang penawanan Kapal Misi Kemanusiaan milik beberapa negara yang prihatin dengan tindakan rejim laknat ini. Saya yang agak biasa,hanya mendengar sahaja. Apabila pukul 8 malam,ketika makan di kafeteria,saya terdengar satu berita mengatakan bahawa anak-anak kapal dalam misi tersebut telah ditawan dan di bawa ke pelabuhan Ashydod. Maaf jika ejaannya salah. Kesemua 7 kapal telah ditahan dan hanya tinggal sebuah sahaja lagi yang menjadi harapan,iaitu Rachel Corrie. Malangnya kapal tersebut jatuh ke tangan Zionis laknat tetbabit pada pukul 14.40 waktu Malaysia 5/6/2010.

Persoalan yang timbul mengapakah rejim laknat ini bertindak sedemikian padahal seantero dunia telahpun mengecam tindakan keji terbabit? Kapal-kapal tersebut telah ditahan di perairan antarabangsa,tidak sedikitpun menceroboh negara laknat terbabit. Mereka mengatakan bahawa ingin meluaskan kawasan pengawasan sejauh 60 batu nautika lebih. Tetapi berita tersebut telah diberitahu setelah rampasan berlaku.

Saya mendapat petikan pembunuhan kejam 8 orang ahli sukarelawan Turki dan Amerika Syarikat dari www.king5.com. Berita tempatan mengatakan:

"Eight Turks and a Turkish-American were killed, and a preliminary autopsy report released by Turkey Saturday said they were shot a total of 30 times. Of the nine, five were shot in the head and back, and one was shot from close range, the report said
.

Israel said its forces acted in self-defense against what it described as Islamic extremists."

Lihatlah kekejaman tentera laknat ini. Sampai bila kita harus berdiam diri dan mampu melihat kekejaman sedemikian? Marilah,ayuhlah kita membantu sesama Islam,berjihadlah kejalan Allah. Jadilah Fisabilillah kerana itulah tahap tertinggi pengabdian diri secara zahirnya kita kepada Allah.
Sekian,wassalam.