Wednesday, January 19

Sandiwara Dunia Yang Fana

Suasana malam itu riuh-rendah dengan suara tawar menawar di sebuah pasar malam. banyak juga yang membuka gerai pada malam itu. penjual ikan degan cara masing-masing untuk menjual hasil tangkapannya. manakala penjual sayur degan caranya yang tersendiri untuk melariskan hasil tuaiannya.. di sebuah sudut tercorot pasar malam tersebut terdapat sebuah gerai yang kelihatan tidak laku dan sunyi. barang jualannya hanyalah barang-barang terpakai dan lusuh. harganya pula murah berbanding dengan nilai barangan tersebut di pasaran sekarang. masing-masing yang datang hanyalah  memandang sahaja barang jualan lelaki tersebut. mungking kelihatan bodoh bagi seseorang tersebut tanpa mengetahui kisah disebalik setiap barangan yang dijual itu.

Usia peniaga tersebut masih muda,mungkin dalam 20-an hingga ke 30-an. tetapi wajahnya kelihatan tua berbanding dengan usianya. pakaiannya hanyalah seluar jeans season cut tetapi kelihatan lusuh dan t-shirt nike lusuh berwarna ungu. barangan yang dijual hanyalah sebuah telefon bimbin 3G model N-70 music edition,phone chain yang menarik coraknya,sekeping kad raya kekasih tetapi sudah dipadam tulisannya,patung teddy bear berwarna putih serta kotaknya yang dibuat sendiri,dan sepasang phone chain silver yang bertulis "love" dan "you". dia memandang hampa kepada setiap orang yang lalu-lintas dihadapannya dengan harapan barangannya dibeli walaupun satu. namun pengharapannya hanyalah sia-sia sahaja.

selang beberapa jam kemudian,datang seorang wanita muda berpurdah lengkap dengan jubahnya datang untuk membeli barang tersebut. di tangannya terselit tasbih rotan yang digunakannya untuk berzikir. acap kali purdahnya bergerak menandakan bibirnya terkumat-kamit berzikir memuji Illahi. sedang dia melangkah ke satu gerai ke gerai yang lain,langkahnya terhenti dihadapan gerai pemuda terbabit. pemuda itu kelihatan terlelap di kerusi malasnya. lampu mentol berwarna kuning masih lagi terang dialir elektrik dari generator yang dipasang tidak jauh dari gerainya. wanita berpurdah tersebut pelik melihat gelagat pemuda itu yang masih mampu terlelap sedangkan barangnya masih tidak terjual,dan barangan tersebut pula kelihatan tidak bernilai oleh pengunjung-pengunjung pasar malam itu. lalu wanita itu menyapa :

"Assalamualaikum ya akhi. ahlan wasahlan." Sapa wanita berpurdah.

"Waalaikumussalam." Balas pemuda terbabit.

"Maafkan saya menganggu awak berehat. tetapi mengapa ya awak masih lagi boleh berehat sedangkan awak masih lagi belum memperoleh sebarang keuntungan?"

Pemuda terbabit yang kelihatan masih lagi letih dan mengantuk menggosok matanya. kelihatan dia terkebil-kebil kerana disilau oleh lampu mentol yang dipasang olehnya. 

"Siapa awak,dan mengapa awak sibuk-sibuk tentang hal saya? untung saya,rugi saya,tidak ada kena mengenaa dengan awak pun kan? kalau awak hendak membeli barangan saya,terserah,jika tidak,awak pergilah ke gerai lain,dan jangan ganggu saya. faham?"

"Astagfirullahalazim. maafkan saya menggangu awak. saya hanya bertanya mengapa awak bersikap begini. pelik saya melihat awak berkelakuan begini. sedangkan kita perlu berusaha untuk melariskan barangan jualan kita. bulat tidak datang bergolek,pipih tidak datang melayang. lihat penjual ikan tersebut,mulutnya tidak pernah penat bersuara untuk melariskan hasil tangkapannya. mak cik sayur tu,tidak pernah jemu dan letih menjual sayurnya dan mengapa awak masih boleh berehat. saya tidak faham" wanita berpurdah tersebut bersuara dalam nada sedikit tersekat-sekat,khuatir akan mengundang kemarahan pemuda terbabit. loghatnya ada campuran arab tetapi dia fasih berbahasa melayu.

"Siapa hendak membeli barangan bodoh saya ni? siapa? awakkah?"

"Dan kalau barangan tersebut kelihatan bodoh bagi awak,mengapa menjualnya?

"Suka hati sayalah hendak menjualnya pun. tidak ada kena mengena dengan awak pun"

"Astagfirullahalazim.... awak istigfar boleh,jangan marah-marah. marah itu makanan syaitan. awak pasti tahu kan.

"Hmm... mengapa awak datang ke gerai saya? sedangkan ramai yang lain hanya memandang dan kadangkala sambil meludah di hadapan gerai saya."

"Hehe,maafkan saya. saya tertarik dengan barangan yang awak jual. pelik dan unik pada pandangan saya. sepasti saya,setiap barangan yang awak jual pasti ada kisah disebaliknya. ia kan?

"Macam mana awak tahu? awak ada ilmu mantik ke? tengok awak ni macam orang baik-baik. tak pernah pulak jumpa wanita berpurdah dengan jubah datang ke tempat macam ni. awak ustazah ke?"

"Hehe,tak adelah. saya bekerja di pusat bandar. saja saya datang ke sini untuk membeli barang-barang dapur. erm,memandangkan barangan yang saya cari tiada di sini,boleh saya berborak dengan awak sebentar?"

Pemuda itu kelihatan pelik dengan gelagat wanita berpurdah itu. kalau isteri orang,mati dikerjakan suaminya. tangan wanita itu menguis-nguis biji tasbihnya,mulutnya masih terkumat-kamit berzikir kepada-NYA.

"Jangan takut,saya masih belum bersuami. saya tinggal seorang di bandar."

"erm,astagfirullahalazim... awak nak borak apa? nanti orang mengata awak kerana berborak dengan insan hina macam saya ni"

"Awak,erm siapa nama awak?"

"Muhammad Taufiq Zikry"

"Saya panggil awak Taufiq ya.. Allah telah berfirman "laqod kholaqnal insaanafi ah sanitaqwim". manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian. janganlah mengata diri awak kerana setiap manusia ada keunikannya. boleh kan."

"Maafkan saya. apa yang awak hendak tahu?"

"Ceritalah kepada saya,mengapa awak menjual barang-barang ini? pasti ada kisahnya yang tersendiri kan? telefon bimbit model N-70 edisi muzik itu zaman sekarang sudah lapuk dan tidak ramai lagi yang menggunakannya."

Pemuda tersebut kelihatannya serba-salah dengan sifat ingin tahu wanita terbabit. dia menarik nafas panjang lalu menghelanya kuat. bunyi generatornya telah menenggelamkan helaan nafasnya. suasana hiruk-pikuk masih lagi gamat seakan-akan tidak akan berhenti. jam masih menunjukkan pukul 8.00 malam. setelah lama pemuda tersebut diam,dia pun bersuara.

"Telefon bimbit tu arwah mak saya yang bagi kat saya masa saya belajar di tingkatan empat. tarikhnya 2 Januari 2008,bersempena dengan keputusan cemerlang saya dalam peperiksaan PMR. 7A saya dapat. Alhamdulillah.

"Oh awak orang pandai-pandai ya?"

"Tidak lah sangat. sekadar usaha semampu yang boleh."

"Hidup saya masa itu bahagia sangat. saya bijak masa tu. segalanya saya boleh lakukan sama ada susah ataupun senang. kimia,biologi,matematik tambahan segalanya saya boleh usaha untuk lakukan walaupun susah. tetapi segalanya berubah masa saya belajar di tingkatan 5. ketika itu saya mempunyai seorang kekasih yang amat baik buat saya. sehinggakan saya sanggup memutuskan hubungan saya dengan kekasih saya yang lain demi kerana dia...."

"Awak playboy ke?"

"Dulu saya memang jahat, mainkan hati perempuan sesuka hati saya. sebab saya pernah dikecewakan,jadi saya membalas dendam atas apa yang berlaku. tetapi selepas kehadiran kekasih saya tu,saya berubah. saya minat kat dia masa darjah 6 lagi. tapi dia tak terima saya. hadiah birthday yang saya bagi dia lempar sampai pecah. lepas tu saya terus benci dia. sampai tingkatan 5. hati saya terbuka kembali untuk dia. kami pun berkasih. bahagia sangat walaupun kadang-kadang dia buat saya sakit hati. lepas tu kami gaduh teruk masa habis spm.  panjang kalau saya nak cerita. saya ringkaskan saja. time tu dia kerja. saya pun kerja,tapi kerja saya truk. tpi sbb nak jaga dia,tman dia rehat,saya rela tak pa. dia rehat masa tu,salah saya smuanya. tpi saya dah mtk maaf. tpi dia keras hati. saya sabar ja la. sy call dia xangkat. sy tnggu dia. dia dtg dia ckap 'awat hang tunggu aku, aku kata tak payah kan'. sy pun ckap la 'abg nak tman syg mkn,jomla makan,abg blanja syg mkn'. 'aku kata tak payah,tak payah la. ang tak reti bahasa ka'. dia pun masuk dalam supermarket. saya tunggu dia kat cashier. lama saya tunggu. sdih jugak. kenapa dia wat sikap macam tu sedangkan saya dah mtk maaf kerana rokok,dan hal-hal lain. awak pun tau rokok amat payah nak brenti."

"Awak perokok ya?"

"Tegar sangat. lepas tu saya berlari ke tempat kerja dia. tengok-tengok dia dah masuh kerja. saya tertekan sangat lalu saya baling telefon bimbit tu berkecai. nasib baik saya gunakan housing murah. berkecai. ramai orang tengok saya. saya turun bawah dan suruh kawan saya kutip cebisan telefon tu"

"Mengapa awak bersikap mcm tu? kalau awak sayang dia,awak tak buat macm tu. lagipun tu hadiah daripada arwah mak awak kan. msti roh mak awak kecewa."

"Awak tak faham. awak,sakit hati sangat,sjak saya maki dia,saya menyesal,saya janji dgn diri saya takkan buat lagi. sy dh brubah. tpi mengapa dia yang mengikut peranga jahat saya."

"Hmm,tidak patut pula dia buat awak mcm tu. Pmpn sptutnya bersifat lemah-lembut."

Pemuda tersebut mengelap air matanya yang tiba-tiba mengalir ke pipi. kemudian dia menyalakan sebatang rokok Winston lalu menghembus asapnya. rakus sekali.

"Erm awak tak kisah ke asap rkok?"

"Tak apa,sambunglah cerita awak. tentang phone chain bercorak dan yang silver tu. apa kisahnya disebalik benda tu?" Wanita berpurdah itu kemudian meneruskan lagi zikirnya sambil matanya memandang erat ke wajah pemuda tadi.

"Phone chain tu dia bagi kat saya masa kami mula-mula keluar sama-sama dulu. dia bagi kat saya masa dalam lif. heppy sangat. yang silver tu dia bagi kat saya masa sebelum kami pergi ke matrikulasi program satu tahun."

"Masyaallah,awak ni bijak orangnya."

"Yang 'love' saya guna,yang 'u' dia yang guna. masa mggu ptama orientasi kami hidup bahagia walaupun kami matrik lain-lain. mcm suami isteri. saya dah rancang,tmat program matrik kami nak bertunang memandangkan keluarga kami masing-masing dah tau hubungan kami. kadang-kadang sy kerumahnya melawat keluarganya. hari raya ke,cuti umum ke. saya pun dah brnti rokok dah. tapi,bru dua mggu,dia mula balik mesej 'aku hang' dgn saya. saya kecewa sangat. sy mrokok balik. dia cemburu sy makan di kafe perempuan,dia ingat saya mkn dgn pmpn lain. kafe lelaki jarang ada makanan yang ckup. kadang2 lauk pun ada-ada ja. sbb tu kami makan di sana. tu pun dengan rakan sepraktikum,kelas la. mulai hari tu,kami gaduh. sy cuba pjuk keadaan,tpi dia suka mengeruhkan segalanya."

"Awak,sabarlah ya..istigfar banyak-banyak"

"dia buang gambar sy,dia gunting,dlm fon dia,dia padam. sy menangis setiap hari kat matrik. pointer saya masa ujian pertengahan semester 1, 1.9 ja. mata saya bengkak. smpai bulan puasa,sy demam. teruk. dia buat tak endah. katanya dia dah tak dak hati kat saya. sy tetap cintakan dia walaupun bahasa mesej dia amat mengguris hati. smuanya N-70 tu jdi saksi. key chain tu dia buang, sy jumpa dan saya amik simpan. tu la depan awak sekarang. hari raya aidilfitri 2010 kami putus. sbb dia ckap kat saya dia suka seorang lelaki di matrik dia. alim,kuat agama,sempurna. dia ckap kat saya, 'buat pa baik,bekorban macam-macam tapi tak dak didikan agama'. arwah ibu bapa saya dah ajar saya sehabis baik tentang agama dan knapa dia pertikaikan agama sya? sy tau dia anak seorang ustazah. baik sangat. sbb tu sya suka dan cintakan dia. tpi,sjak tu sy jdi bencikan dia. bagi saya dia dah mati. dan kalau dia mati pun,saya tak heran. sampai kiamat pun saya takkan maafkan dia. sy bagi madu,racun jelatang yang saya dapt."

Wanita berpurdah itu mengesat air matanya. kemudian dia beristigfar berulang kali. air matanya laju sekali.

"Maafkan saya. sedihnya cerita awak. tapi kenapa awak masih cintakan dia setelah apa yang dia lakukan terhadap awak?

"Cinta. kalau cintakan seseorang yang baik,kita bekorban apa sahaja. siang malam sy doakan jodoh kami panjang. tapi dia doa sebaliknya. kenapa apa salah saya? saya keluar malam dia marah. lelaki keluar malam online internet dengan kawan baik saya,smua lelaki. xdak pmpn pn. sjak tu sy bnci dia. smpai akhirat. kisah yang sama dengan kad raya tu dan teddy bear tu. dia bagi saya. panjang saya nak crita kat awak. kalau awak nak,awak amik lah. sya bagi percuma kat awak. sekarang hdup saya sebatang kara. adik saya dua orang dah belajar sampai Ph.D dan masing-masing  ada keluarga sendiri. pmpn tu pun dgr crita dah kahwin. tpi dengar kata dah bercerai sebab suaminya cari pmpn lain. tak tau la. mak ayah saya dah lama meninggal. arwah mak slalu pesan kat saya. belajar rajin-rajin,cinta akan datang sendiri. tpi sy tak dengar. sekarang,ni lah hdup sy." Pemuda itu kembali merebahkan dirinya ke kerusi malas yang agak usang. kmudian dia menyalakan lagi sebatang rokok lalu mengela asap dengan rakus sekali.

"Cerita saya dah habis awak. awak blh la pulang. lagipun dah lewat ni. xelok pmpn baik-baik mcm awak ada kat sini malam-malam ni."

Bunyi generator kian lama kian menghilang. ramai peniaga sudahpun pulang. kelihatan abang menjual ikan sedang mengemas sisa-sisa jualannya, mak cik sayur tadi sudah lama pulang. suasana mulai menyepi. tinggal beberapa peniaga yang masih membuka gerai mereka, barangkali hendak menghabiskan sisa jualan yang tertinggal.

"Awak,apa status pelajaran awak sekarang? maafkan saya bertanya."

"Hahaha,uhuk...uhukk.... habis matrikulasi sy sambung belajar kat UMS,saya ada degree bioteknologi."

"Habis,awak tak bekerja.?"

"Malas,terkenang nasib dan saat indah bersama ibu bapa saya,adik-adik sya,dan kadang-kadang bersamanya."

"Smpai bila awak nak jadi mcm ni? kita kena pandang kehadapan,bukan kebelakang. baru blh bjaya. kalau asyik nak kenang masa lepas,smpai bila nak berjaya. semalam adalah sejarah,hari ni adalah anugerah Allah,esok adalah misteri,wallahualam."

"Xpa lah wak. biarlah saya macam ni. lagupun saya dah selesa hdup mcm ni."

"Awak tak terfikir nak mendirikan rumah tangga? sambung bekerja,mencari rezeki halal,untuk anak isteri awak. pasti roh ibu bapa awak sedih melihat keadaan awak. awak dah la anak sulung."

"Hahaha,uhukk....uhukk.. sapa nak saya awak? hdup mcm ni sapa nak. harta takdak,rumah buruk,keja tak dak."

"Jadi ubah nasib awak tu. Allah tak ubah nasib seseorang selagi dia tak ubah nasib dia sendiri."

"Awak nak saya buat apa?"

"Berhenti merokok,jangan tinggal solat,jaga hubungan dengan Allah,cari kerja,dan ubah imej awak. dan penting,ZIKRULLAH. kerana nama awak ckup indah bg saya.  ni kad saya,ada apa-apa,hubungai saya. saya tunggu awak berubah. ingat,mukmin yang berjaya ialah mukmin yang sentiasa memandang kehadapan. tak salah nak kenang masa lepas,tapi jadikan masa lepas itu guru kepada kehidupan kita yang fana ni. ingat tu awak. bila awak dah sedia,datang kerumah saya. saya tnggu awak jumpa kedua ibu bapa saya. saya rela temankan awak,saya rela awak menjadi imam kepada saya. asalkan awak ubah diri awak dulu. btul cakap awak,kalau cintakan seseorang,kita kena bekorban apa sahaja. kalau awak nak cintakan seseorang,cintailah Allah dahulu serta Rasul-NYA. kerana itulah cinta yang abadi yang berkekalan sampai akhirat. korbankan masa dan tenaga,beribadat kepada-NYA. kerana itulah pengorbanan yang sejati.. saya pulang dahulu ya. Rahimakumullahialaikum,assalamualaikum."

"Waalaikumussalam"

"Err,ya mujahidah,apa nama awak?"

"Hehe,hmm nama saya Rabiatul Adawiyah,semoga awak berubah."

Pemuda tersebut terpinga-pinga ketika melihat wanita berpurdah itu meluru kearah sebuah kereta mewah BMW 5 Series yang dipandu olehnya sendiri. dia kemudiannya bingkas bangun lalu mengemaskan segala barangan jualannya. sejak dari itu,penduduk setempat tidak pernah lagi melihat kelibatnya di sekitar pasar malam itu. sewaktu Taufiq melangkah pergi buat kali yang terakhir dari situ,hati kecilnya berdoa :

"Ya Allah,ampunkan dosaku,kedua ibu bapaku,serta rakan-rakanku yang lain. rahmatilah dan cucurilah rahmat ke atas roh kedua orang tuaku. sesungguhnya aku telah banyak menghabiskan masa dengan usaha yang sia-sia. kini tiba masanya aku berubah. terima kasih ya Allah kerana telah menghadirkan seorang srikandi mujahidah yang terbaik buatku. akanku bimbing dia kejalan-Mu Ya Allah,sesungguhnya. 'la yukallifullahu nafsan illa wus aha'
dan tiada Kau membebankan segalanya untuk hamba-Mu melainkan yang terdaya olehnya. serta 'fain na maal u'sri yusra' '. sesungguhnya,setiap kesusahan itu,ada kemudahannya. Terima Kasih YA ALLAH AZZAWAJALLA..


TAMAT