Sunday, April 24

Kisah Penjual Burger

            Salam a’laikum antum smua. Ana nak crita tntg kisah penjual burger yang jarang wjud dlm negara ni. Asif jiddan,limaadza ana cakap jarang wjud, padahal byk dah pnjual burger dlm negara ni kan. Hurm.., ana nak tmpukan pada sikapnya. Crita ni ana reka saja, tpi berdasarkan pemikiran dan pemerhatian ana yang ana buat sepanjang pengalaman hidup ana. Syukran khatiran kerana sudi mmbaca.


       Jam tangan Nur Danial menunjukkan pukul 7.15 mnit malam. Dia kelihatan mencari2 kepiah putihnya dicelah bakul yang terdapat beberapa bungkus roti burger yang bakal dijualnya sebentar lagi. Danial kelihatan sibuk mengemas dan menyiapkan gerai burgernya yg akn dbuka slepas Isya setiap malam kcuali malam Jumaat. Kedainya agak jauh dari kawasan perumahan.
            “Allah, sudah pukul 7 lebih. Mana plak kepiah nih. Aduh, karang lambat siapa nak azan” bisiknya sendirian.
            Kmudiannya dia mengayuh basikal ke masjid. Sekembalinya dia dari masjid selepas Isya’, maka perniagaannya bermula untuk menyara adik beradiknya selepas kematian arwah bapanya. Ibunya sakit dirumah.
            “Bang burger ayam special dua, egg banjo satu ya” seorang pembeli datang memebuat pesanan.
            “Baik dik, tnggu kejap ya” Danial membalas sambil tangannya sibuk menggoreng daging burger.
            Seketika kemudian, burger pun siap dan adik itu pun berlalu pergi. Setelah itu, sejam setengah kemudian datang seorang pakcik berpakaian putih, berserban, bersongkok serta bertongkat datang menyapa.
            “Assalamualaikum ya akhi. Enta jual burger lagi ya?”
            “Waalaikumussalam ya pakcik. Na’am ana masih lagi menjual. Sebelum pkul 1 ana tutuplah gerai”.
            “Uhukk...uhukk.. ehem, pakcik nak satu burger ayam nak. Uhukk!” pesan pakcik itu sambil terbatuk.
            “ Tayyib2 pakcik. Pakcik duduk dlu ya. Ana siapkan. Allah pakcik batuk ya? Nah air ni, minumlah” kata Danial smbil menhulurkan segelar air mliknya kepada pkcik itu.
            “Alhamdulillah ya akhi, syukran khatiran! Uhukk!”.
            Beberapa minit kemudian burger pakcik tersebut telah pun siap. Danial tidak meletakkan lada dan sos, khuatir batuk pakcik tu menjadi2 pulak. Dia kmudiannya menghulurkan burger tersebut kepada pakcik itu.
            “Pakcik, burger sudah siap”.
            “Syukran akhi” kata pakcik itu sambil berlalu tanpa membayar duit untuk burger tersebut.
            Pakcik itu kmudiannya berjalan agak jauh skit dari gerai Danial berniaga. Danial memandangnya dgn pndgn aneh sekali. Kmudiannya dia memanggil pakcik tersebut untuk meminta bayaran trhadap burger yang dimintanya. Baru sahaja hendak membuka mulut....
            Mata Danial melihat burger pakcik itu jatuh keatas jalan semasa pakcik itu membukanya untuk makan. Dengan tidak semena2 datang seekor kucing yang luar biasa saiznya meragut burger itu pergi. Mungkin sedang mengandung.
            “MasyaAllah!!” Danial hanya mampu mngucapkan itu. Pakcik itu kemudiannya kembali ke gerai Danial.
            “Asif jiddan ya akhi. Burger pakcik jatuh, boleh buatkan lagi nak..?” pakcik itu berkata kepada Danial dgn nada sebak dan sedih. Urat2 wajahnya kelihatan jelas. Tapi mukanya putih berseri, seakan2 bercahaya.
            “Err.. pakcik, burger tadi... Allahuakbar, Astagfirullahalazim, Subhanallah, pakcik duduk dulu ya. Ana buatkan yang lain” Danial beristigfar panjang, berzikir melihat kejadian tadi, smbil dia membuat burger yang lain.
            Beberapa minit kemudian burger pakcik tersebut siap. Sekali lagi pak cik tadi berkelakuan sama – berlalu pergi tnpa membayar harga burger, burgernya terjatuh dan disambar sesuatu, kucing, tikus dan anjing. Tetapi saiznya smua besarnya luar biasa.
            Peristiwa sama berulang, pakcik tersebut datang dan meminta burgernya dibuat semula. Aneh sekali mulut Danial tidak terlontar perkataan “duit” untuk pakcik tua itu. Dia hanya membuat burger itu sambil beristigfar dan berzikir.
            “Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar” diulangnya berulang kali.
            Peristiwa itu berulang sehingga banyak roti burger, mayonis, serta daging burger habis. Sehingga tinggal yang terakhir. Ckup2 untuk buat burger yang terakhir. Danial empang air matanya sekuat yang boleh. Dia tak mahu tnjukkan kesedihannya pada pakcik itu.
            “Nakkkkk... asif jiddan..boleh buatkan pakcik burger? Burger pakcik jatuh, ada kucing datang ambil” pakcik itu merayu lagi untuk kali yang ke-50.
            “Na....aa’...am pak...cik..kk..k” kata Danial tersekat2. Apalah yang nk dijawab pada ibunya sebntar lagi. Dia beristighfar panjang smbil menyiapkan burger terakhir untuk pakcik tua itu. Hatinya berdoa agar peristiwa sama tidak berulang. Dia tak punya apa lagi untuk diberi secara percuma untk pkcik itu. Keuntungannya sejak pkul 9 tadi hnyalah rm10 sahaja.
            “Nah pakcik. Ana sudah siapkan ucap Danial ikhlas.
            Pak cik itu datang di hadapan Danial, mukanya bercahaya, silauannya terang ckup untuk menerangkan seluruh gerai Danial. Danial yang terkejut melihat keadaan itu menutup mukanya smbil mlutut dan seraya berkata:
            “Ya Allah ya Rabb, aku pohonkan pertolongan-MU ya Rabb. Lindungilah aku dari segala hembusan syaitan alaihilaqnah. Ya Allah, aku pohon sgt, bantulah aku ya Allah. Wahasbunallahu waniqmal wakiil”.
            Suasana sekitar sunyi sepi. Dalam ketakutan dia membuka tekup mukanya. Cahaya gemilauan sinar sudah hilang. Dia melihat dari sisinya, pakcik itu berjalan perlahan bersama tongkatnya. Semakin lama, semakin hilang.... dan hilang.. sewaktu berjalan sebelum menghilangkan diri dia berkata.
            “Innallahamaa’sshobirin! Innallahamaa’sshobirin! Innallahama’asshobirin!”.
            Setelah itu pakcik itu ghaib dalam pekat malam. Dalam terketar2 Danial mengemaskan semuanya secepat kilat yang mungkin. Smpainya dirumah terus dia berwuduk dan membaca sedikit Kalamullah beberapa potong ayat sebelum terlelap....
            Keesokan paginya....
            “Danial anak makk!!” jerit ibunya.
            “Limaadza ya ummiy?”
            “semalam jual burger brapa byk??!”
            Danial berfikir panjang. Hendak menipu atau berterus terang. Setelah lama berfikir, Danial pun menceritakan hal yang sebenarnya.
            “Danial anak mak, sejak bila anak mak pandai menipu mak?”
            “Astagfirullahalazim, demi ALLAH ana tak tipu ya ummi. Pernah kah ana menipu ummi selama ni?”
            “cuba cakap dekat mak, harga sebiji burger biasa berapa enta jual?”
            “tayyib ummi, rm2.00”
            “kamu kata pakcik tu tak bayar kamu satu sen pun. Yang hanya ada untung dari seorang budak, iaitu rm10 kan?”
            “Na’am ummi”
            “terangkan kat ummi macam mana ada sekeping duit rm1000 dalam bakul duit kamu?
            Melihat keadaan itu Danial beristigfar panjang. Dia menyakinkan ibunya bahawa dia tidak menipu. Perbalahan mereka terhenti apabila sebuah kereta mewah berhenti dihadapan rumah mereka.
            Rupanya pegawai kebajikan masyarakat datang melawat mereka. Turut datang bersama adalah ketua kampung.
            “Assalamualaikum, asif jiddan, limaadza ya kalian dtang kemari?” tanya ibu Danial
            “Waalaikumussalam ya antum smua. Ana datang ni membawa khabar baik untk antum skeluarga. Ketua kampung kata gerai kamu ada potensi untuk pergi lebih jauh. Memandangkan burger kamu sedap dan seluruh kampung ni suka. Jadi, ana hendak menyatakan hasrat ana untuk membuka sebuah restoran burger untuk kamu berniaga nti, Danial. Segala kemudahan disediakan, dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas ini bolehlah kamu berniaga dgn selesa. Org kmpung pn blh makan on the spot kt gerai kamu ya Danial.”
            Danial beristighfar panjang. Bibirnya tak berhenti mengucap syukur dan sjud syukurnya turut disempurnakan pada masa itu juga. Dengan linangan airmata, dia berkata:
             “Allahuakbar, Ya Ar-Rahman, Ar-Rahim... aku bersyukur ke hadrat-MU ya Allah atas limpah kurnia rezeki-MU ini. Rahmatilah sekalian kami sehingga keakhirnya. Limpahilah rezeki-MU ya Allah, ya Rabb kepada kami dan jgnlah Engkau putuskan ia.. Amin”.
            Tiba2, dia teringat kata2 pakcik misteri semalam:
            “Innallahamaa’sshobirin! Innallahamaa’sshobirin! Innallahama’asshobirin!”