Saturday, June 11

faith & lust

Amin mengucap syukur pada pagi sayyidul ayyam trsbt.. brjaya juga dia selesaikan sujud sajadah pada pagi itu. Dia memacu motosikalnya kembali kerumah. Setelah meletakkan songkoknya di atas almari, dia “turn on” laptop kesayangannya. Tiba2...
Iman  : kau baru ja balik smayang. Kau jaga batas kau walaupun nak berlaman sosial kat sini.
Nafsu : kawan kau cakap haritu ada web bagus kan, apa kata cuba tengok. Ala sekejap sudah la. Bukan lama pun. Usha2 skit aja.
Iman  : ya akhi,aku pesankan bahawa janganlah. Sia-sialah pahala sujud sajadah kau sbentar tadi. Mustahil kau akan hanya sebentar di laluan neraka. Sebelum ini sebentarkah? Paling sebentar pun 3 jam. Mana zuhur kau tengah hari tu? Kau mahu sejarah hitam berulang? Sedangkan kau sudah kering air mata menangis di depan Rabbmu. Tak malu kah kau memohon taubat nasuha tetapi masih bergelumang dengan dosa?
Nafsu : alah kau macam tak biasa. Buat jahat sikit aja pun. Bkn bnyak mana sangat. Esok lusa pi la masjid 4-5 pagi buat solat sunat taubat. Kau kan tau Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani kan? Kau buat ja apa bala dosa pun, Dia tu ampun jugak.
                   Amin mula berpeluh melihat dua makhluk Allah bertelagah di hadapannya. Putih bersih dan yang lainnya merah hitam pekat seolah2 berlendir. Kdua2nya brupa sprtinya.
Iman  : kau jangan ingat Allah bersifat mcm tu kau boleh buat sesuka hati ya akhi. Aku ni imanmu. Kau tengoklah aku. Tipis, semakin lama semakin lutsinar. Tapi syukur aku masih lagi mampu berbisik kepada kau. Tengok dia,(mnunjuk kpd nafsu) merah hitam pekat berlendir. Alangkah baiknya jika aku ni putih jernih berseri memancar seakan2 cahaya dalam hati kau wahai akhi.. aku akan brusaha memandumu ke siratulmustaqiim..
Nafsu : kau letak tepi ja smua tu. Hey Amin, kau teringin bukan hendak melihat web tersebut? Aku nafsumu sayang. Kau nampak kulitku merah kehitaman ni meyala terang? Apa sangat nak banding dengan kat sana tu,surih suram, lama kelamaan hilang jadi lutsinar. Puaskan aku sayang!! Puaskan aku!! Sesudah puas aku kembali normal, tidak lagi terang dan menyala2 terang. Puaskan serakahmu! Itu kehendakmu kan? Pedulikan segalanya disekeliling kau. Apa matlamatmu? Melihat web itu bukan? Gadis seksi, comel dan segak bergaya. Apa lagi mahu kau tunggu? AYUH!!!
Iman  : demi Allah, aku menegahmu akhi tersayang. Dmi Allah istigfar! “a’lam a’had ilaikum yaa baniy aadamaalla ta’budussyaitaan. Innahu lakum a’duwwummubiin!!!!!” . kau tak lupa kan maksudnya?
                   Amin pun mengambil keputusan kiri lalu pelbagai web lucah dilayarinya. Sesudah itu dia memuaskan nafsunya sendiri. Maka kepuasan yang nyata dan mutlak telah pun diperolehi. Maka dia mencari makluk yang berwarna merah itu tadi.
                   “wahai makhluk merah kehitaman, kemana pergimu. Aku ingin puas lagi.”
                   Sepi..............................................................
                   hey makhluk merah, datanglah kesini!!”
                   Sepi.............................................................
                   “celaka kau, aku ditipu oleh kepuasan yang sekejap saja. Tak guna, wahai makhluk putih bersih, kemarilah engkau”
                   “Tidak...........................................................”
                   “hey makhluk putih berseri, datanglah kau ke sini!!”
                   “Tidak...........................................................”
                   “mengapa smua pergi!! Membiarkan aku sendirian di sini?”
Iman  : maafkan aku ya akhi sayang. Aku telahpun nipis yang teramat sangat. Kini aku semakin hilang ditelan serakahmu. Maafkan aku terpaksa meninggalkanmu akhi sayang. Tetapi kau yang memaksa aku meninggalkan kamu. Sang merah kehitaman pasti akan kembali lagi nanti. Kau tunggulah. Kalau kau mahukan aku bersinar bercahaya putih berseri. Maka kau carilah Pencipta kita. Maafkan aku tidak dapat bersama kau lagi. Kerana aku telah hilang. Sebelum diri kau menjadi mesin pembunuh ummah. Segeralah! Azza Wajalla menanti kau.. bertaubatlah..
                   “maafkan aku sang putih bersih. Aku kelamkan engkau dengan keterangan serakahku. Maafkan aku. Kembalilah kau kepadaku. Ssunguhnya kau pemandu arah hidupku. Ya Rabb, kembalikanlah dia kepadaku. Aku mohon!!”
        
         Sketsa Iman dan Nafsu dalam tugas. (rekaan brlandaskan situasi yang betul)